Benjamin Netanyahu
Rejim Zionis Israel Takut Kena Boikot | TEL AVIV - Dalam keghairahan membedil ratusan roket ke Gaza, Israel dilaporkan ketakutan susulan peningkatan kempen boikot produk-produk keluaran mereka.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menganggap kempen boikot itu adalah masalah terbesar jika ia benar-benar dilaksanakan.
Susulan ancaman beberapa negara termasuk Britain, beliau adakan mesyuarat Kabinet tergempar untuk cari penyelesaian.
“Jika negara di seluruh dunia setuju memboikot produk Israel maka ekonomi negara itu berada dalam bahaya,” petik laporan Jpost.
Februari lalu, ancaman boikot itu disuarakan Menteri Luar Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry ketika menjadi perantaraan rundingan damai Israel dan Palestin.
“AS mengancam untuk memboikot segala produk Israel, jika rundingan damai Israel dengan Palestin ini gagal,” katanya.
Sehari kemudian, Kesatuan Eropah (EU) menyatakan pendirian sama terhadap Israel.
Dilaporkan juga, Menteri Kewangan Israel, Yair Lapid, beberapa kali mengingatkan jika kempen boikot itu menjadi realiti terutama dari EU maka mereka akan terputus hubungan dagang terbesar di negara itu.
“Israel kemungkinan akan mengalami penurunan nilai eksport ke negara EU sehingga AS$5.7 juta (RM18 juta) dan 9,800 penduduknya akan hilang pekerjaan,” menurutnya.
Bagaimanapun, Menteri Strategi Israel, Yuval Steinitz berpendapat, ancaman AS dan EU itu bersifat tidak adil dan serius.
“Israel tidak dapat berunding mengenai ancaman itu jika pistol sudah diarahkan ke kepala kami. Ini sayu ugutan,” katanya dipetik Jpost
Namun, beliau kemudiannya mengeluarkan kenyataan sinis apabila menyatakan kedua-dua negara itu tidak perlu menipu diri sendiri.
“Kita seharusnya tidak menipu diri sendiri. Dunia sedang memerhati AS dalam rundingan damai ini.
"Kita harus akui jika rundingan dengan Palestin gagal, dunia akan percaya bahawa kita yang bertanggung jawab dan akan ada harga yang harus dibayar,” katanya. - sinarharian
0 Response to "Rejim Zionis Israel Takut Kena Boikot"
Post a Comment