[Kisah Seram] Tak Sengaja


[Kisah Seram] Tak Sengaja | Saya ingin berkongsi pengalaman saya sewaktu saya masih bersekolah di sekolah asrama di Indonesia. Pada pendapat saya, yang namanya sekolah asrama memang tidak sah jika tidak memiliki cerita seram atau misteri. Dan di sekolah itu juga di mana saya mengalami hal sedemikian buat pertama kali. Begini kisahnya.

Saya tinggal bersama sepuluh orang anak bilik termasuk saya sendiri. Pada satu malam setelah waktu makan malam, Badan Pelajar menjalankan satu acara yang mana tidak wajib semua hadir, hanya yang mahu boleh menghadiri (menurut apa yang saya dengar). Saya lupa acara apa tapi hampir satu asrama telah berangkat pergi ke acara tersebut. Kebanyakan bilik pun gelap kecuali beberapa yang lampunya menyala. Saya fikir, "Ada orang lah tu. Bererti kita tak sendiri." Saya dan dua orang teman sebilik juga memutuskan untuk tidak berangkat jadi kami pun duduk lepak dalam bilik dengan lampu menyala.

Mulanya memang kami tidak mengesyaki bahawa akan ada sesuatu pelik yang terjadi. Pintu bilik kami, nak dikatakan, tidak sempurna, kerana bahagian bawahnya mungkin potongannya kurang baik, yang membuat pintu itu SEDIKIT lebih panjang. Maka jika ingin menolak atau menarik pintu tersebut menjadi agak sulit dan apabila ia ditolak/ditarik akan menghasilkan bunyi gesekan kayu terhadap lantai, seperti itu.

Kami bertiga sedang berbual di ruang belajar bilik kami. Pintu bilik pun dibiarkan terbuka luas agar ada angin masuk. Kami berbual sambil memakan snek di meja. Tiba-tiba kami melihat pintu bergerak sendiri dengan pantas. Seperti ada yang menolaknya. Dengan diiringi bunyi gesekannya itu. Kami bertiga memang terkejut teramat sangat. Kami hanya memandang ke arah pintu bilik yang bukan lagi dalam keadaan terbuka luas tetapi setengah luas. Kami terdiam masih memandang pintu bilik. Salah seorang kawan saya dan juga teman sebilik saya yang bersama saya, namanya Wani, dia berkata, "Syer... Apa tu tadi? Syer... Aku takut..." sambil memandang pintu dengan takut. Kawan saya yang lagi satu masih terdiam. Saya hanya melihat pintu itu dan berkata kepada Wani, "Dah. Tenang dulu... 'Benda' itu masih di situ agaknya. Atau...

"Mungkin 'benda' tu tak sengaja tertolak pintu agaknya," kata saya. Kami tetap melihat pintu, menunggu, takut-takut 'benda' itu membuat aksi lagi. Setelah beberapa detik, Wani berkata, "Ya lah. 'Benda' tu dah pergi agaknya." Kami mula bertenang dan melanjutkan bualan kami tadi sambil melihat-lihat pintu bilik. Alhamdulillah setelah kejadian seketika itu, tiada apa yang berlaku. Dan kami terus berbual hingga teman sebilik kami yang lain pulang dari acara. Kami menceritakan apa yang terjadi kepada mereka. Mereka terkejut tetapi tidak seperti kami tadi.

Itulah pengalaman saya. Sampai sekarang saya tidak dapat melupakannya. Terima kasih dan Selamat Malam.

-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

0 Response to "[Kisah Seram] Tak Sengaja"

Post a Comment