Pencegahan dan Penjagaan Perut Kembung


Pencegahan dan Penjagaan Perut Kembung | Perut kembung (flatulen) bukan penyakit tetapi gejala. Jika terlalu banyak udara di dalam usus maka perut menjadi kembung. Sedikit udara dalam usus adalah biasa, demikian pula bau tidak sedap yang keluar darinya melalui dubur (kentut). Setiap hari rata-rata kita menghasilkan 0,5 -1,5 liter gas di perut dan kentut 10 kali. Bau busuk kentut disebabkan oleh bakteria usus, yang menghasilkan gas mengandungi belerang. Berapa jumlah udara di dalam usus yang membuat kembung berbeza-beza pada setiap orang. Beberapa orang sudah merasakan gangguan dengan jumlah kecil gas dalam perut, yang lain tidak sesensitif itu.Jade's 

Penyebab

Perut kembung boleh disebabkan oleh masuk angin (aerophagia) atau kerana usus membuat banyak gas. Pada kebanyakan kes, perut kembung tidak berbahaya dan disebabkan oleh pola makan yang buruk. Makan terburu-buru menyebabkan pengeluaran gas usus lebih banyak dari biasanya. Jenis makanan / minuman tertentu seperti minuman bersoda, kopi, kentang manis, durian, kubis, bawang, buah mengkal, makanan terlalu berlemak atau terlalu manis boleh menyebabkan perut kembung. Tekanan dan kebimbangan juga boleh menyebabkan perut kembung. 
Pada kes yang jarang, perut kembung dicetuskan oleh alergi / intoleransi ubat dan makanan serta penyakit seperti dispepsia, gangguan pankreas, dan sembelit . 

Diagnosis 

Diagnosis perut kembung dilakukan dengan wawancara dan pemeriksaan fizikal oleh doktor. Doktor mungkin menanyakan adanya masalah lain seperti sakit perut, muntah, mual, cirit-birit atau sembelit serta kebiasaan dan pola makan. Selain itu, doktor boleh memeriksa suara usus dengan stetoskop. Bila dia menduga penyebab perut kembung adalah penyakit, penyelidikan lebih lanjut dilakukan. Hal ini termasuk, sebagai contoh, pemeriksaan ultrasound (sonography) perut, ujian najis atau ujian alergi / tolerasi makanan, misalnya ujian toleransi laktosa. 

Rawatan

Perut kembung yang berlaku tanpa gejala lain tidak mempunyai kepentingan klinikal dan sembuh dengan sendirinya. Beberapa perkara berikut boleh membantu mencegah dan menghilangkan kembung: 

-Lakukan 7 kebiasaan makan yang memudahkan pencernaan.

-Makanlah jenis makanan yang mudah dicerna. Elakkan berlebihan mengambil makanan seperti bawang, kubis, buah mentah / mengkal, kentang manis, kopi, coklat, dan goring.

-Elakkan terlalu banyak mengambil kopi dan minuman bergas.

-Lakukan olah raga ringan. Gerakan sukan merangsang pergerakan usus. Cubalah sekurang-kurangnya berjalan-jalan ringan seusai makan.

-Lakukan rawatan di rumah seperti menampal botol berisi air panas ke perut atau menggosokkan balsam dan minyak gosok. Mengerik (kerokan) dapat membantu mengeluarkan gas dari perut dengan melebarkan liang kulit.

-Untuk perut kembung yang berterusan, ubat boleh membantu. Ubat antifoam dapat menghilangkan gelembung gas dalam usus dan membolehkan udara keluar melalui kentut. Perut kembung yang berkaitan dengan kejang perut dapat dibantu dengan anticonvulsants. Anda perlu berunding dengan doktor bila akan meminumnya. Jika kembung disebabkan oleh penyakit usus, rawatan harus menghilangkan penyakit yang mendasari.

-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

0 Response to "Pencegahan dan Penjagaan Perut Kembung"

Post a Comment