Apakah Sebenarnya Ice Bucket Challenge? | ALS Ice Bucket Challenge merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) di mana peserta perlu menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan tiga orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama.
Tujuan menyimbah ais ke tubuh seseorang adalah kerana kesan yang dirasai adalah sama dengan apa yang dirasai oleh penghidap penyakit ALS.
Jika mereka yang dicalonkan tidak dapat menyahut cabaran ALS Ice Bucket Challenge, mereka harus menyumbangkan USD100 ke Yayasan ALS. Ini bertujuan bagi mengutip derma untuk membiayai pusat penyelidikan dan mencari penawar untuk penyakit tersebut.
ALS atau disebut juga sebagai Lou Gehrig, adalah sejenis penyakit yang mengganggu urat saraf di dalam otak dan saraf tunjang.
Gangguan saraf ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh dan akhirnya meninggal dunia.
Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari merupakan salah seorang penderita penyakit ALS.
Cabaran ALS Ice Bucket Challenge, mandi ais ini menjadi viral di Amerika Syarikat apabila sahabat karib kepada bekas Kapten Besbol Boston College, Pete Frates disahkan mengidap ALS dan sahabatnya mencabar rakan sepasukan yang lain untuk menyertai cabaran tersebut.
Risiko cabaran ALS Ice Bucket Challenge
Cabaran ini hanya berisiko tinggi terhadap mereka yang berusia atau mempunyai masalah kesihatan yang ekstrim seperti kencing manis.
Ia tidak mendatangkan risiko yang besar kerana rasa kesejukan seketika di kepala. Berbeza dengan ‘brain freeze’ yang didapati jika mengambil makanan sejuk seperti ais krim. Brain freeze belaku apabila rasa sejuk memberi kesan kepada suhu teras badan.
Air dan ais yang digunakan dalam cabaran ini dituang dari jauh, jadi ianya tidak memberi kesan yang banyak ke atas suhu badan.
Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai keadaan kesihatan yang ekstrim seperti kencing manis, tubuh mereka tidak mampu menerima kesejukan secara tiba-tiba. Ini boleh menyebabkan kejutan kepada badan dan mungkin boleh menyebabkan pengsan.
Peserta ALS Ice Bucket Challenge
Setakat ini, ramai tokoh, selebriti, ahli sukan, pemimpin, artis k-pop yang sudah menyahut cabaran ALS Ice Bucket Challenge seperti Matt Damon, Justin Bieber, Lady Gaga, Dave Grohl, Bill Gates, Mark Zuckenberg, Cristiano Ronaldo, George Bush dan ramai lagi.
Di Malaysia, bukan sahaja dari kalangan selebriti malah tokoh politik seperti Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng serta Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan turut menyertai cabaran ini.
Setakat ini, baru satu kematian dilaporkan dalam cabaran ALS Ice Bucket Challenge.
Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dari Mississippi telah menyahut cabaran 'Ice Bucket Challenge' tetapi satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku ke atasnya.
Menurut laporan Dailybuzzline.com, gadis tersebut telah menyahut cabaran tersebut dan merakam aktiviti tesebut di belakang rumah bersama adiknya.
Sepupu beliau, Shawn Oley yang berdiri di atas pelantar dengan baldi besar penuh dengan air dan bersedia untuk mencurah ke atas Nancy.
Malang tidak berbau, baldi terlucut dari tangan Shawn dan menimpa kepala Nancy.
Nancy kemudiaanya dikejarkan ke pusat kesihatan Universiti Misssissippi dalam keadaan kritikal.
Gadis malang itu kemudiaanya meninggal dunia akibat kecederaan parah dileher.
Keluarga beliau berharap kejadian tersebut akan memberi kesedaran kepada yang menyahut cabaran tersebut.
Setakat artikel ini ditulis, cabaran ALS Ice Bucket Challenge sudahpun mengumpul dana sebanyak USD100 juta di seluruh dunia menurut majalah Forbes.
0 Response to "Apakah Sebenarnya Ice Bucket Challenge?"
Post a Comment