Pekerja Pelantar Minyak Dipecat Kerana Emel Maklumat MH370

Pekerja Pelantar Minyak Dipecat Kerana Emel Maklumat MH370 | Terkini, seorang pekerja pelantar minyak telah dipecat kerana tersebarnya emel miliknya yang dihantar melaporkan tentang letupan pesawat MH370. Sila rujuk artikel "MH370: Grand Finale" tentang info mengenai lokasi terakhir MH370 berakhir dan rujuk point nombor 70 artikel tersebut atau tekan disini untuk melihat emel tersebut.



Pekerja Pelantar Minyak Dipecat Kerana Emel Maklumat MH370

Seorang pekerja pelantar minyak yang mendakwa telah ternampak sebuah kapal terbang terbakar, di mana beliau percaya itu adalah pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370 di luar pantai Vietnam, telah dipecat oleh majikannya.

Mike McKay, dari New Zealand, bertugas di pelantar minyak Songa Mercur di luar pantai Vietnam pada 8 Mac, masa yang sama apabila kapal terbang Boeing 777 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang.

Beliau mula menghantar emel kepada majikan beliau mengenai kejadian tersebut, menggesa mereka untuk mengemukakan maklumat tersebut kepada pihak berkuasa. Apabila dia tidak mendapat sebarang maklum balas, beliau menghantar emel yang sama kepada pihak berkuasa Vietnam dan Kedutaan New Zealand beberapa hari kemudian, memberitahu mereka apa yang berlaku pada hari itu.

"Tuan-tuan. Saya percaya saya melihat penerbangan MAS menurun. Masanya tepat," katanya dalam emel itu.

"Saya cuba menghubungi pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam. Tetapi saya tidak tahu jika mereka menerima maklumat itu.

"Saya di pelantar minyak Songa-Mercur di luar pantai Vung Tau. Lokasi permukaan adalah Lat 08 22 '30,20" N 108 Lat 42.22.26 "E.

"Saya memerhatikan pesawat itu terbang tinggi dalam keadaan terbakar di arah 265 hingga 275 derajat dari lokasi kilang minyak."

Pelantar minyak Songa Mercur di Vung Tau, di pantai tenggara Vietnam terletak di kawasan yang sama di mana satelit China melaporkan menjumpai bangkai pesawat.

Berikutan penerbitan emel beliau, yang kemudiannya dibocorkan kepada media, pengendali pelantar minyak, Idemitsu dan kontraktor dan pemilik pelantar, Songa Offshore, dibanjiri dengan pertanyaan sehingga menyekat komunikasi syarikat itu, kata McKay kepada akhbar New Zealand Sunday Star Times.

"Keadaan menjadi tidak terkawal bagi mereka dan saya telah dipecat," katanya.

Pegawai-pegawai Vietnam menemuramah beliau di Vung Tau dan ingin bertindak berdasarkan maklumatnya tetapi pencarian berpindah ke Laut Andaman dua hari selepas temu bual itu, kata McKay.

Pegawai tentera laut Vietnam Le Minh Thanh memberitahuABC Newsdari Amerika Syarikat bahawa pegawai-pegawai Vietnam menghantar kapal terbang ke kawasan tersebut untuk menyiasat dakwaan McKay, tetapi pencarian itu adalah sia-sia.

(Klik imej untuk perbesar. Rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut)


Pada 8 Mac, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak dakwaan itu selepas mendapat pengesahan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Menteri Luar.

Beliau berkata tidak ada maklumat lagi tentang pesawat Boeing 777-200 itu atau mana-mana bangkai ditemui di laut.

Minggu lalu, seorang wanita yang berlayar di antara India dan Thailand semasa penerbangan MH370 hilang dari radar, berkata dia juga mungkin telah melihat pesawat itu terbakar, tetapi di lokasi yang berbeza.

Katherine Tee, 41, sedang berdiri di atas dek kapal layar beliau pada awal Mac apabila beliau mendakwa telah melihat sebuah kapal terbang dikelilingi oleh cahaya berwarna oren terang dan asap hitam.

Katanya, beliau baru sahaja melaporkan maklumat itu kepada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di Australia kerana bimbang tiada sesiapa yang akan mempercayainya ketika itu.

Penerbangan MH370 dilaporkan hilang tidak lama selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan ia masih hilang walaupun usaha  carian antarabangsa melibatkan lebih daripada 24 negara-negara, terutamanya di Lautan Hindi.

Sekian laporan.

Berita dipetik daripada Astro Awani.

p/s: Saya sudah ulas hal ini lama dahulu. Kita nantikan bersama, insyaALLAH kebenaran akan terbukti jua. Sama-samalah berdoa... agar kebenaran terpampang jua kepada kita semua. :)

Terima kasih kepada semua pembaca setia saya di blog ini. !
-
end 12 ogos 2014, fb azam sahar
-
*Pihak Drama Raja TIDAK akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang menyakiti mana-mana individu atau badan berorganisasi. Kepada para pembaca, diharapkan agar anda dapat memberikan komentar dengan baik dan tidak menggunakan kata-kata kesat. Segala kerjasama anda amatlah kami hargai demi menjaga kemurnian akhlak dan keharmonian blog ini. Sekian. -admin-

5 Responses to "Pekerja Pelantar Minyak Dipecat Kerana Emel Maklumat MH370"

  1. xtaw mana yg betul n mana yg salah... berserah sahaja kepada ALLAH.. ALLAH maha kuasa dan mengetahui... mereka akan disoal diakhirat nanti... subahannallah... takut lah kepada azab ALLAH... tuhan sekalian alam...

    ReplyDelete
  2. singgah blogwalking kat sini :)

    Video Terbaru PSY vs Snoop Dogg Tiru Havoc Joe Flizzow?
    http://syokbah.com/video-terbaru-psy-vs-snoop-dogg/

    USD 1 juta Habis Tidak Sampai 2 Tahun Oleh Keluarga Ini - Blog 3 Dalam 1
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/06/usd-1-juta-habis-tidak-sampai-2-tahun.html

    Video Aksi Pelakon Terkenal Jepun Bersama Teman Lelaki Tersebar!!! - Blog 3 Dalam 1
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/06/video-aksi-pelakon-terkenal-jepun.html

    ReplyDelete
  3. hmmm...jerung berkuasa, bilis jd sambal.

    ReplyDelete
  4. Tengge bradokapak..
    Tengge..ana follow

    ReplyDelete
  5. sesungguhnya Allah SWT yang Maha Mengetahui

    ReplyDelete